Testimoni

Di ruangan ini, saya kongsikan bersama pembaca beberapa testimoni daripada beberapa orang yang telah menggunakan Jamik Kabir.

1."Saya suka sangat program ini. Banyak membantu saya dalam mencari fakta-fakta dalam kitab-kitab ilmuan Islam lampau. Mudah untuk mencari hadith beserta huraian para ulama yang mensyarahkan hadith, mudah untuk mencari biografi tokoh-tokoh Islam dan macam-macam lagi. Saya gunakan program ini semenjak 3 tahun yang lepas. Masa itu saya kumpul duit untuk beli program yang semestinya dimiliki oleh setiap mahasiswa pengajian Islam khususnya. Saya beli dulu dalam harga LE 1000 lebih. Walaupun agak tinggi harganya, ianya sangat berpadanan untuk sekitar 1778 buah buku (bukannya 1778 jilid). Kawan-kawan kena usaha untuk dapatkan duit untuk beli program ini. Sangat berguna buat kalian dalam kajian-kajian yang bakal kalian hasilkan."
keratan dari blog Hairul Nizam Mat Hussin, mantan Presiden PMRAM.Merupakan pelajar Master di Uni.Al-Azhar.

2."Alhamdulillah, setelah 3 minggu menggunakan Jamik Kabir, saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana seolah-olah saya memiliki sebuah maktabah bergerak yang terhimpun padanya 1778 kitab turath yang kebanyakannya pula berjilid-jilid dan mencakupi disiplin-disiplin ilmu islami yang major. Banyak tafsiran, syarah hadis, dan perbahasan yang saya dambakan selama ini terkandung didalamnya. Dengan harga LE 1500 ia adalah sangat berbaloi untuk 1778 unit kitab. Apatah lagi dengan harga promosi (Mac-Jun 2010). Kepada para pencinta kitab-kitab turath dan pengkaji, saya syorkan kalian memiliki Jamik Kabir. InsyaAllah tidak akan menyesal."
Ahmad Kamil bin Muallah , Mansurah


3."Saya telah banyak menemukan pelbagai perisian komputer yang menyimpan penulisan kitab-kitab Turath, namun saya begitu berpuas hati dengan menggunakan perisian Jamik Kabir ini. Walaupun ia agak mahal, tetapi ia amat berguna untuk rujukan bagi para pensyarah dan pelajar-pelajar pengajian Islam. Malahan perisian tersebut tidak terdapat di Malaysia (hanya terdapat di Mesir sahaja), ia membuatkan perisian ini lebih berharga dari segi kandungan dan produknya. Alah membeli, menang memakai.."
Ahmad Mahir , penuntut Sarjana dalam bidang hadith di UKM.